Cerpen:mind set
Assalamualaikum and hi!Sebenarnya cerpen ni dah lama tapi sampai sekarang tak siap lagi,disebabkan tak tahu nak buat apa dengan cerpen ni,so I post it here.Enjoy!
MIND SET (I)
Alisha bangun daripada duduknya lalu berdiri dihadapan lelaki itu.Kepalanya didongakkan untuk memandang wajah kacak Hiezlan.Sebuah lagi senyuman dilemparkan buat jejaka itu sebelum bersuara.
‘Haih main ugut-ugut pulak dia ni.’Kepala yang tidak gatal digaru perlahan sambil tersengih.
MIND SET (I)
“Itulah kau!Yang kau pergi kahwin dengan mamat
handsome tu kenapa?Dari awal-awal
lagi aku dah cakap dengan kau kan,jangan kahwin dengan dia sebab dia tu handsome sangat,kaya,famous pulak tu,”Alisha mengomel sambil
tangannya dihalakan ke kaca televisyen.Kepalanya digelengkan tanda kesal lalu
kacang yang sedia berkupas dimasukkan ke dalam mulut.
“Apa lagi tu,Sha?”laung Suraya dari dapur.Beras
yang sudah dibasuh diletakkan ke dalam rice
cooker.Tergendala sebentar tugasnya kerana suara rakan serumahnya yang
tidak berhenti mengomel.Bukan Suraya tidak tahu hobi Alisha yang suka berperang
dengan televisyen.Pasti ada saja yang tidak kena di hati temannya itu.
Kaki Suraya diatur ke ruang tamu rumah teres
dua tingkat tersebut lalu punggung dilabuhkan bersebelahan dengan Alisha yang
masih enak mengunyah.
“Heroin ni lah!Bukannya nak dengar cakap
aku.Aku cakap jangan kahwin dengan mamat tu tapi dia pergi kahwin jugak,”komen
Alisha. Jelingan istimewa dihadiahkan Suraya selepas mendengar kata-kata
Alisha.
“Ganas lawak kau,Sha. Oi mak cik,kau cakap
macam manapun bukannya tv tu boleh dengar!Dah lah dari tadi membebel aje
kerjanya,”balas Suraya.Kacang tanah diambil dari plastik dan dimasukkan ke
mulutnya.
“Betul tapi aku tak puas hatilah dengan
heroin ni.Haish,stress aku tau!”
“Aku lagi lah stress ada kawan macam kau ni.Datang dari mana pun aku tak tahu
lah,”Suraya menyambung sambil mencebik.
Alisha hanya tersengih sambil menyambung
tontonannya yang belum tiba ke penghujung.Mana kau nak dapat kawan macam aku
ni,Su.Aku ni limited edition tau!
“Eyyy...tengok tu!Mentang-mentanglah dia tu handsome,semua perempuan suka
dia,”kritik Alisha lagi.Suraya hanya tersenyum sumbing.’Kalau tengok tv dengan
budak ni tak pernah aman.Setiap seminit dia keluarkan komen yang bernas
tu,’Suraya ketawa dalam hati.
“A perfect
guy is not my type,” Alisha
menggumam perlahan apabila perkataan bersambung
muncul di kaca televisyen.
“Apa?Tak dengarlah,Sha.”
“Aku tak nak kahwin dengan lelaki yang
terlalu handsome,famous dan kaya
gila-gila,”ulang Alisha lebih kuat.Seperti kebiasaannya,Suraya ketawa kuat
setiap kali statement tersebut
dikeluarkan oleh Alisha.
“Semua perempuan suka lelaki perfect tau.Aku pun suka lelaki full package,”ujar Suraya sambil
tersenyum berangan.
“Kau tak faham Su.Aku bukan sengaja tak nak
kahwin dengan lelaki handsome tapi
aku ada sebab lah,”Suraya menggeleng sambil ketawa kecil.Ada-adalah kau ni,Sha.
“Apa alasan kau yang bijak sangat
tu?”soalnya.Teringin juga nak tahu apa dalam kepala budak drama ni.
“Soalan yang bagus,Su.Biar aku tuliskan
untuk kau sebab panjang ni,”Alisha tersengih sambil menarik sehelai kertas dan
pen dari bawah meja.
1.
Aku tak nak lelaki yang
handsome sebab nanti bila aku jalan dengan dia,semua perempuan akan
pandang-pandang suami aku yang handsome
tu.Aku tak mau sebab nanti aku jealous!
2.
Lepas tu,lelaki handsome ni mesti banyak orang minat dan
aku tak nak nanti peminat-peminat dia membanding-bandingkan aku dengan
perempuan lain.Aku juga tak nak nanti timbul isu kononnya aku ni tak layak
dengan si handsome tu.
3.
Aku nak rumah tangga
yang aman dan harmoni.Kalau aku kahwin dengan mamat kacak yang banyak
peminat,nanti ada orang ketiga yang cuba porak perandakan rumah tangga aku dan
rampas suami aku.Huh,aku tak nak!
4.
Kalau suami aku
kaya,nanti keluarga mertua aku cakap aku nak rampas harta keluarga diorang dan
kononnya aku ni gila harta,maka jadilah aku menantu yang dihina.Wuaaa...tak
nak!
5.
Aku akan dimusuhi oleh
para peminat suami aku yang tampan tu sebab kononnya aku ni pisau cukur.Nanti
aku pergi mana-mana orang pandang serong dengan aku.Aku tak nak hidup dipenuhi
dengan kebencian orang lain!
Berlapis-lapis
dahi Suraya membaca tulisan comel di atas kertas yang Alisha hulurkan.Namun
sesaat kemudian,ketawa kuat Suraya terlepas.
Alisha sekadar memerhati rakannya yang
sedang ketawa kuat sambil menepuk-nepuk sofa.’Uishhh,bahaya rupanya Su ni kalau
gelak.Kalau aku rakam pastu bagi dengan bakal mak mertua dia kira jahat sangat
tak?’sempat hatinya berbisik.
“Ada pulak macam tu,Sha.Lawak lah,”ucap
Suraya apabila tawanya reda.Alisha hanya mengangkat bahunya tanda ‘whatever’.
“Jadi kau nak lelaki yang tak handsome lah,yang jongang,juling,hitam
legam? Lelaki yang miskin dan lelaki yang tiada satu orang peminat pun?Macam tu
kah taste kau?”perli Suraya lagi.
“Ish kau ni,Su.Tak elok tau cakap macam
tu.Manusia ni sebaik-baik ciptaan Allah tau.Bagi aku handsome tu universal.Kalau
hati sudah suka dan kalau akhlak dia suci,secara automatik dia akan nampak tampan.Biar
tak handsome di mata orang lain
asalkan handsome di mata hati aku.Tak
perlu kacak sangat yang penting sedap mata memandang,”balas Alisha.
Suraya tersenyum.Inilah yang dia paling suka
mengenai Alisha,tak akan mengalah dengan kata-kata orang lain dan prinsip hidup
yang dipegang kuat walaupun prinsip yang lain macam sikit.
“Iyalah tu,”gumamnya.
“Aku bukannya nak lelaki yang miskin,tapi
biarlah sekadar berkemampuan nak sara hidup aku dan keluarga.Aku tak nak lah
yang macam dalam novel tu,terlampau kaya sampai orang yang hidup susah diorang
tak nak pandang padahal harta pinjaman ajepun.Dah banyak sangat kes macam ni
dalam tv,penat aku tengok,”sambung Alisha lagi.Wajah sahabatnya dipandang.
Suraya tersenyum sumbing.Banyak sangat
drama.Habis drama,layan novel.Mana tak penat?Tapi penat pun tengok
jugak.Haih,Alisha...Alisha. Tergeleng Suraya dibuatnya.
“Haihhh,kau punya mind set ni lah,”ucap Suraya perlahan sambil menggeleng kepala.
Berkerut
Alisha memandang Suraya yang sudah mendaki anak tangga ke tingkat atas
meninggalkannya.’Mind set?Apa
tiba-tiba cakap pasal mind set pulak ni?’
***
Alisha terkebil-kebil memandang Qaisara dihadapannya.Gadis bebaju
koperat itu hanya memandangnya sambil mengerdipkan matanya
berkali-kali.Senyuman sengaja dilebarkan dan giginya yang putih
ditayangkan.Huh,nak pujuklah tu.
Sekali lagi Alisha menggaru kepalanya yang tidak gatal.Pelik.Itulah yang
Alisha dapat simpulkan apabila gadis manis dihadapannya yang merupakan bos
merangkap kawannya itu meminta untuk menemaninya berjumpa dengan pelanggan.
“Kenapa pulak saya Cik Sara?Setiausaha cik mana?”soalnya.Alisha tetap
membahasakan dirinya seperti pekerja Qaisara walaupun berkali-kali Qaisara
menengah agar jangan memanggilnya sedemikian.
“Setiausaha aku EL lah.Aku mana ada kawan sebab semua orang sibuk
sekarang ni,takkan lah kau nak biar aku pergi sendiri.Aku tengok kau ajelah
yang free sekarang ni,”balas Qaisara
sayu cuba memancing simpati rakannya itu.
Alisha mencebik.Kau cakap aku free?Kertas
yang menggunung atas meja ni bukan kerja ke namanya?
“Tak apakah aku keluar ni?Bos besar tak marah ke?”tanya Alisha
lagi.Qaisara yang bermain dengan anak kunci dipandang.
“Nope.Kalau dia
marah,pandai-pandailah aku cover
kan,”Qaisara memjawab sambil menggelengkan kepalanya.Alisha tersengih.Untunglah
syarikat ni bapak dia punya,bos besar pun senang nak bodek.
Akhirnya,Alisha turutkan sahaja permintaan Qaisara walaupun berat hati
meninggalkan tugasan yang bertimbun di atas mejanya.Sebagai pekerja yang
cemerlang,dia ikutkan sahaja arahan bos dengan patuh.
“Makin pening tengok Cik Sara ni lah.Saya yang juruaudit yang sejak
azalinya lagi terperap buat kerja dalam bilik tiba-tiba dapat arahan temankan
cik jumpa client.Apa kes?”ujar Alisha
sebaik Qaisara memulakan pemanduan menuju ke hotel terkemuka.
Qaisara hanya tersengih lebar.Qaisara sebenarnya tidak selesa untuk
keluar dengan orang lain selain setiausahanya.Tapi memandangkan Gina mempunyai
hal kecemasan terpaksalah diangkutnya Alisha bersama.
“Aku kurang selesalah nak ajak orang
lain.Kau kan kawan aku,jadi aku ajak lah kau.Lagipun,aku ni kesian dengan kau
yang tiada dunia luar macam terperangkap dalam bangunan mewah.Aku ibaratkan
macam katak bawah gelas.”
Alisha meletuskan tawa mendengar perumpamaan Qaisara.
“Kenapa katak bawah gelas pulak?”
“Sebab sekarang ni zaman moden.Orang dah
jarang nak jumpa tempurung sebab semua guna santan dalam kotak aje.Okay apa
katak bawah gelas.Kelass gitu,”Qaisara menjawab sambil ketawa.
Alisha hanya tersengih sumbing sambil memandang
wajah rakannya yang masih galak ketawa.Aih,layan ajelah.
Sesekali Qaisara menyoal apabila keadaan
sepi di antara mereka.Kekangan masa dan tanggungjawab menyebabkan dia kurang
berbual mesra bersama rakannya walaupun Alisha bekerja satu pejabat
dengannya.Terdetik perasaan cemburu apabila melihat keriangan anak-anak sekolah
yang tidak perlu membebankan fikiran untuk memikirkan tanggungjawab seorang
pekerja.Terkenang zaman sekolahnya dahulu meletuskan tawa kecil di bibir
Qaisara.
“Aik ketawa pulak Cik Sara?”Alisha memandang
sambil tersenyum simpul.
“Teringat zaman sekolah kita
dulu,Sha.Masa sekolah dulu sibuk nak jadi orang dewasa sebab kononnya dapat
kerja,boleh pegang duit sendiri,kalau keluar rumah tak kena marah.Sekarang bila
dah rasa semua tu,aku rasa teringin nak balik pergi zaman sekolah,”balas
Qaisara.Matanya masih tertumpu pada pemanduan yang hanya bersisa beberapa minit
lagi sebelum tiba ke destinasi.
Alisha turut sama tersenyum dan
berfikir.Ya,dia bersetuju,manusia tidak pernah merasa cukup.Kadang-kadang juga
sibuk untuk mengejar sesuatu yang belum tentu baik pada mereka.
“Memang macam tu Cik Sara,”gumamnya
perlahan.
“Sha,please...can
you stop calling me Cik Sara?I don’t like it.Just call me Sara S-A-R-A,get it?”pintas
Qaisara sebelum mematikan enjin apabila keretanya sudah terletak cantik di
tempat letak kereta.
Alisha tergelak sebelum keluar dari
Proton Saga milik Qaisara dan mengikut jejak majikannya itu menuju ke lobi
hotel.
“Okay
SARA,”ucap Alisha.Sengaja ditekan perkataan Sara itu apabila melihat
Qaisara mencemik.
“Penat nak suruh kau panggil aku Sara
padahal bukannya susahpun.Aku call client kejap,nak cakap aku dah sampai,”Alisha
mengangguk sambil memandang Qaisara yang berjalan menjauhinya untuk membuat
panggilan.
Mata Alisha mengamati setiap inci dekorasi
lobi hotel yang kelihatan sangat mewah.Pokok-pokok buatan yang memenuhi ruang
lobi menarik pandangannya untuk terus meneroka segenap sudut hotel bertaraf 5
bintang itu.Sekali lihat,Alisha tersengih sumbing kerana merasakan dirinya
berada di dalam taman yang dipenuhi kehijauan.
“Pandai betul diorang decorate hotel macam taman,cantik
idea,”gumamnya perlahan.Kagum seketika melihat hiasan yang unik itu.Sedang elok
memerhati,matanya menangkap kelibat seorang lelaki yang sedang melangkah masuk
ke lobi hotel dengan penuh bergaya.
Alisha mencebik dan menjeling apabila
pandangan mereka bertaut.’Huh,mesti dia ingat aku nak senyum dengan dia.Sorry to say lah,aku tak layan mamat handsome macam tu,’hatinya turut
mengomel.
“Sha,jom,”Qaisara menggamitnya sebelum
mereka sama-sama melangkah ke restoran untuk menyelesaikan urusan perniagaan.
***
Dengan kameja putih berjalur biru dipadankan dengan blazer hitam yang
tampak mahal.Seluar slack hitam dan jam tangan tag heuer.Alisha yakin lelaki yang duduk berhadapan Qaisara itu
adalah lelaki yang dilihatnya di lobi tadi.Typical
rich and handsome guy.
Alisha sedari tadi hanya menjadi pemerhati sesi perbincangan Qaisara dan
lelaki itu,satu habuk pun dia tak faham.Tetapi apa yang dia perasan,lelaki yang
Qaisara panggil Encik Hiezlan itu sesekali mengerlingnya,dan apabila Alisha
turut memandang, lelaki itu akan menjeling.Sama macam apa yang dilakukan Alisha
di lobi tadi.Panas hati Alisha dibuatnya.
“I will discuss about the proposal
with Tuan Hazim.Anything,I’ll inform you later,”Hiezlan bersuara setelah
penerangan terperinci diberikan oleh gadis muda dihadapannya mengenai projek
pembaharuan perabot di hotelnya.
Qaisara mengangguk sambil tersenyum.Senyum adalah perkara wajib apabila
menemui pelanggan.
“Enjoy
your meal Encik Hiezlan and please excuse me for a while,”Hiezlan
mengangguk senyum sambil mengacau white
coffee di hadapannya.
“Aku pergi ladies kejap,”bisik Qaisara dan bangun meninggalkan Alisha tanpa
sempat Alisha berkata apa-apa.
Kekok.
Janggal.
Awkward.
Alisha hanya tunduk memandang fresh
orange miliknya apabila suasana sepi antara mereka.Tudung dibetulkan
sedikit kerana menyedari renungan lain macam lelaki di hadapannya itu.
“What is your role here?”Hiezlan
memecahkan kesunyian.Alisha mendongak.
“Apa dia?”soalnya kurang jelas.
“I’m asking what is your role
here?You not even talk a word,”Alisha mencemik dalam diam.Soalan Hiezlan
dirasakan sangat dingin.Kot iyapun nak tanya tanyalah elok-elok,bernafsu jugak
aku nak menjawab.
“Saya temankan Cik Sara sebab Cik Sara tak selesa jumpa client berdua.Setiausaha Cik Sara
cuti,”sama dinginnya Alisha menjawab.Wajah pula masih ditundukkan seolah-olah
sedang berbicara dengan minuman di atas meja.
“Macam tu ke cakap dengan orang?Pandang
meja masa bercakap dengan client?”
“Pandai rupanya cakap melayu,dari tadi
duk speaking aje,”perlahan Alisha
menuturkan sambil menyembunyikan senyuman sengetnya.
“Saya orang melayu,”Alisha
terkedu.Alamak,dia dengar!
“Awak ni memang macam ni ke?Tak pandai
senyum?Awak perlu belajar dengan Cik Sara macam mana nak senyum at least kepada pelanggan.Ini baru
jumpa dah menjeling,”Hiezlan menjeling memandang gadis di hadapannya.Masih
panas hatinya apabila terkenang jelingan meluat Alisha sebentar tadi.
Nasi goreng paprika selamat masuk ke
perut Alisha.Dengan tenang sesudu lagi disuapkan ke dalam mulutnya tanpa
mengendahkan makhluk di depannya.Ucapan sinis Hiezlan juga dibiarkan berlalu
dibawa angin tanpa ada niat untuk menjawab.
Hiezlan tahan hati melihat gadis itu
dengan selamba makan penuh selera.Semakin membara apabila Alisha membuatnya
tidak ada beza dengan tiang.
Apabila Qaisara muncul,sebuah senyuman manis
dilemparkan kepada Hiezlan walaupun Alisha mencebik memandang senyuman Hiezlan
yang dirasakannya kurang ikhlas.Berbulu benar dia melihat pakej yang ada pada
lelaki itu. Kacak,bergaya,kaya ,branded
dan sombong. Semuanya lengkap. Lengkap untuk membuat Alisha meluat dan alegik.
***
Suasana di food court Allcolour
sedikit riuh dengan pelanggan.Setelah mengambil Nasi Ayam dari kaunter,Alisha
menghayun langkah menuju ke meja di mana sahabatnya sudah sedia menanti.
Sengihan dilemparkan kepada Suraya yang
mengusap perutnya tanda lapar tahap tak boleh dibendung lagi.Makanan diletakkan
cermat di atas meja sebelum disambar laju oleh Suraya.Sekelip mata
sahaja,suapan demi suapan selamat masuk ke perut gadis itu.
“Kalau iyapun lapar,baca doa dulu.Ini
main sambar macam helang,pasal tu lah kau ni balik-balik lapar tak pandai
kenyang-kenyang,”bebel Alisha.Tangan mencapai sudu namun matanya tetap memandang
Suraya yang mengunyah dengan nasi yang penuh di dalam mulut.
“Lapar...”rengek Suraya.Suapan
diteruskan namun lebih sopan kali ini,bimbang rakannya mengomel tidak
bernoktah.Alisha bukan dia tidak kenal,asal diberi peluang pasti panjang gadis
itu merangka karangan.
“Encik Hiezlan!”laung Suraya tiba-tiba
sambil mengangkat tangan apabila menangkap kelibat seorang jejaka yang baru
memasuki food court.Apabila jejaka
tersebut memandangnya,Suraya tersenyum lalu menggamit Hiezlan ke arah meja
mereka.
Berkerut Alisha memandang Suraya yang
melaung tanpa segan silu.Kepala dipalingkan untuk melihat gerangan manusia yang
digamit oleh rakannya.Mata Alisha mengecil untuk mengamati gerangan makhluk
ALLAH itu namun sesaat kemudian dia berpaling ke hadapan semula.Sudah dapat
menduga siapa insan yang sedang mendekat itu apalagi dengan nama yang sama.
“Emm...Suraya?Buat apa kat sini?”soal
Hiezlan dengan senyuman nipis.
‘Buat apa?Mandi.Sudah terang lagi
bersuluh orang menghadap makanan lagi mau tanya buat apa?’Alisha menjawab dalam
hati.Kehadiran lelaki itu yang benar-benar berdiri di sisi meja itu tidak
dihiraukan.Malah suapannya semakin menyelerakan.
“Buat apalagi,makanlah encik.Marilah
makan sekali dengan kami.Ni ha,saya kenalkan kawan baik saya merangkap teman serumah
saya,Alisha,”ramah Suraya menjawab.Hiezlan mengangguk kecil sebelum mengerling
gadis yang dimaksudkan oleh pekerjanya.Elok saja gadis itu makan tanpa ada rasa
untuk menegurnya atau paling tidak mengukir senyuman tipis.
“Sha,ni bos aku.Encik Hiezlan nama
dia,”kali ini Suraya memperkenalkan majikannya.Sebagai balasan,Alisha
mengangguk kecil.Alergik dengan typical
perfect guy tersebut.
“Saya
join tak apakan?Semua tempat dah penuh tapi saya dah lama tak makan nasi
ayam kat sini.”
“Eh,silalah encik.Saya tak kisah,kawan
saya ni lagilah tak kisah,”Alisha tersenyum sumbing apabila laju sahaja Suraya
menjawab.Pakej dengan senyuman tahap diabetes pulak tu.
Hiezlan tersenyum sebelum melangkah ke
kaunter.
“Bos aku tu baik tau.Dia selalu makan
dengan pekerja-pekerja dia.Tampan,rajin,dan menjadi kegilaan staf-staf
perempuan,”tanpa dipinta Suraya menceritakan kelebihan yang dimiliki majikannya
itu seningga menjadi rebutan ramai.Jejaka terhangat di pasaran.
“Baik?Serius,baik?Sinis aje aku
tengok.Senyuman pun sumbing aje nampak sangat tak ikhlas.”
“Kejam lah kau ni,Sha.Tak kenal maka tak
cinta tau,jangan nanti kau dah kenal terjatuh hati pulak,”milo ais disisip
sambil mengerling Alisha yang nyata mebuat aksi geli dengan kata-katanya.Tawa
kecil Suraya terlepas.Tahu benar dia dengan alahan rakannya itu terhadap mamat handsome.
“Eiii...janganlah doakan!Aku tak nak!Kau
nak ke nanti hidup bestriend kau ni menderita?”sela Alisha dengan
kepala digeleng berkali-kali.
“Terlampau terpengaruh dengan filemlah
kau ni,Sha.Semua tu lakonan aje,kan sebelum drama mula ada tulis ‘drama ini
adalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang
sudah mati’.Faham tak?”Suraya menghamburkan geramnya.Terlalu paranoid temannya
itu apatah lagi terhadap jejaka kacak.
“Memang rekaan semata-mata,tapi mana
diorang dapat cerita tu kalau tak terjadi di alam nyata.Orang buat drama,filem
dan novel semuanya berdasarkan pengalaman.Kalau bukan pengalaman sendiripun,diorang
ambil pengalaman orang lain yang pernah rasa.Apa yang pasti,setiap yang
diceritakan dalam tv tu memang berlaku dalam dunia nyata ni bukan setakat
lakonan,okay?”Alisha sembur kembali rakannya.Sekali dia tidak suka,selamanya
Alisha akan mencipta alasan yang memenangkannya.Sudahnya,Suraya hanya diam dan
menggeleng perlahan.
Bunyi kerusi ditarik menyebabkan kedua
mereka berpaling ke arah punca suara tersebut.Hiezlan duduk cermat sebelum
mencapai sudu dan membaca doa sedia untuk makan.Suraya dipandang sekilas sambil
membalas senyuman gadis itu sebelum matanya beralih kepada seorang lagi insan
yang seolah-olah tidak wujud kehadirannya.
Wajah sisi gadis itu seperti pernah
dilihatnya tetapi kurang jelas kerana wajahnya yang menunduk.
“Encik dari mana ni?Keluar dating ke?”terhenti renungan Hiezlan apabila
Suraya menyoal.
“Saya dari rumah tadi.Bosan tak ada
kerja nak buat jadi saya jalan nak cari makan.Saya ni tak pandai nak dating,Suraya.Nantilah saya dating dengan isteri saya aje,”balasnya
diselangi tawa kecil.
“Encik Hiezlan ni ada pakej lengkap,petik
jari sepuluh perempuan datang beratur.Apa susah pilih ajelah satu,”seloroh
gadis itu lagi.
“Kalau saya petik jari sepuluh yang
datang,saya pilih yang kesebelas,”terangkat kening Alisha mendengar pernyataan
yang tersirat itu.Walaupun dia tidak melihat,namun telinga masih dipasang.
“Saya ni setiausaha aje encik,ayat
terbelit ni saya tak berapa nak faham,”sengih Suraya.Agak kabur dengan ucapan
yang mungkin berbaur gurauan itu.
“Saya nak pilih orang yang tak pandang
saya,baru thrill,”Hiezlan turut
tertawa dengan jawapannya.Entah bila idea itu datang untuk mengeluarkan
kenyataan begitu di hadapan Suraya sedangkan selama ini dia malas ingin
menyentuh apa-apa mengenai wanita.
Alisha mencemik dalam diam.Mindanya
sudah disetkan untuk meluat,jadi apa sahaja yang lelaki itu buat dan apa sahaja
yang lelaki itu ucapkan,semuanya sumbang di mata Alisha. Semuanya plastik.
“By
the way,kenapa Cik Alisha ni tunduk aje dari tadi?Tak sudi ke saya makan
sekali?”
Sekali lagi gadis berselendang putih itu
dipandang sebelum matanya membulat apabila gadis itu mengangkat wajah.
“Apa pulak tak
sudi,encik.Makanlah,”balas Alisha ringkas.
“Oh
you.No wonderlah,”gumam Hiezlan cukup perlahan namun benar-benar cukup
untuk Alisha dengari.
“Well,”Alisha
tayang senyuman bangga.Bangga dengan diri sendiri kerana tidak cair dangan
ketampanan jejaka ini.Bukan Alisha tidak mengerti sindiran lelaki itu,tetapi
berlagak tenang itu penting.Juga prinsipnya yang utama,jangan pernah mahu kalah
dengan sesiapa sahaja.
“Aik?Encik kenal ke kawan saya ni?Alisha
ni memang ada alahan sikit itu yang dia suka tunduk,”sampuk Suraya.Pelik juga
apabila melihat wajah Hiezlan yang bertukar sinis.Pinggan Nasi ayam yang licin
tidak berbaki itu ditolak ke tepi.
“Emm...kenal jugaklah sebab pernah jumpa
sekali,”’kena jeling sekali’sambung Hiezlan dalam hati.Hari itu,dia baru sahaja
ingin melemparkan senyuman apabila bersabung pandangan dengan Alisha di lobi
hotel namun niat baiknya yang belum terlaksana dibalas dengan jelingan
maut.Tidak salah apa-apa,dihadiahkan jelingan.Siapa tak sakit hati?
“Jumpa kat mana?Kau tak cakap pun Sha?”
“Jumpa masa meeting dengan Cik Sara.Kau
tak tanya,buat apa aku nak cakap?”giliran Alisha menjawab perlahan.Makanan
cepat-cepat dihabiskan.Tak sabar ingin meninggalkan jejaka yang cukup sempurna
di matanya.Tetapi kerana kesempurnaan itulah yang memprogram mindanya untuk
tidak suka walaupun Alisha tahu tiada insan yang dilahirkan sempurna.
***
Alisha membetulkan skirt labuh pada tubuh sebelum melangkah masuk ke
lobi hotel yang di beri nama Greenny Hotel.Tersenyum sumbing Alisha apabila
membaca nama hotel berkenaan.Tujuannya datang ke hotel berkenaan tak lain dan
tak bukan untuk menjemput Suraya.Tidak sampai hati melihat rakannya itu merayu
agar menjemputnya lantaran produa kelisa kesayangan Suraya yang meragam.
Baru Alisha tahu bahawa hotel tempat
pertemuannya bersama Qaisara dengan Hiezlan tempoh hari adalah tempat Suraya
bekerja. Bukan dia tidak ambil tahu,tetapi dia sendiri mudah lupa.
Punggung dilabuhkan pada salah satu
kerusi panjang yang disediakan sambil menunggu kelibat sahabatnya itu.Sekali
lagi Alisha tersengih memandang kerusi yang didudukinya.Reka bentuk serta rupa
kerusi tersebut serupa seperti kerusi di dalam taman rekriasi.
“Memang padanpun nama hotel ni hotel
hijau,semuapun hijau,”gumamnya sambil ketawa kecil.Mata dibawa untuk memerhati
segenap penjuru lobi hotel yang unik tersebut.Mindanya turut tertanya-tanya
bagaimana agaknya dekorasi di dalam bilik hotel.Pasti lebih hijau.
“Boleh tak jangan buat macam tu
lagi!Tolonglah jaga maruah saya!”automatik pandangan Alisha terarah kepada
punca suara yang cukup tinggi itu.
Dalam jarak semeter dari tempat
duduknya,Alisha dapat menangkap kelibat dua pasangan yang bertegang
urat.Namun,Alisha tersenyum sinis apabila dia dapat mengenalpasti gerangan
lelaki itu.Semakin tertarik Alisha untuk terus menjadi penonton drama hijau di
hotel hijau.
“Okay,I’m
sorry.I promise it won’t be happen again but please treat me like a girl.Awak
tengking saya macam ni depan semua orang,awak ingat saya tak malu ke?”bidas
gadis berambut lurus itu.
“Jadi yang awak peluk saya depan umum tu
saya tak malu?Yang awak mengaku buah hati saya depan pekerja saya,saya tak malu?Fikirlah
orang lain jangan main buat sesuka hati aje.If
you want me to treat you nicely,you have to respect me!”Hiezlan merengus
kasar sebelum melangkah meninggalkan gadis itu kemudian melabuhkan punggung di
salah sebuah kerusi.
Alisha terkejut apabila Hiezlan duduk
dengan selamba di sebelahnya.Walaupun jarak yang agak besar,wajah tegang jejaka
itu dapat dilihatnya dengan jelas.
“Just
go...please,”seakan merayu suara lelaki itu apabila gadis tadi melangkah ke
arahnya.Amni hanya mampu mengangguk lemah sebelum melangkah keluar dari
hotel.Dia pasti jejaka itu masih marah dengannya malah tersangat marah.
“Selawat untuk tenangkan hati atau pergi
ambil wuduk untuk padamkan api dalam hati tu.Jangan biarkan kemarahan tu menang
menguasai jiwa,”Alisha bersuara tenang apabila beberapa detik Hiezlan
membisu.Wajah lelaki itu hanya dipandang sekilas.
Hiezlan menoleh ke sisi di mana suara
itu berpunca.Dia sendiri tidak menyedari kehadiran gadis itu di sebelahnya.
“Cik Alisha...”gumamnya.Dingin.Itu yang
dia dapat simpulkan terhadap Alisha.Tapi mengapa gadis itu ada di sini?
“Saya tunggu Suraya,kereta dia
rosak,”sambung Alisha sekaligus menjawab persoalan Hiezlan.
“Oh,thanks
for the advice,”Hiezlan sekadar mengangguk dan tersenyum hambar.Keadaan
kembali sepi antara mereka buat beberapa ketika.
“Encik ni memang suka buat drama
ke?Encik janganlah tengking orang macam tu.Dah lah depan umum,perempuan pulak
tu.Kesian dia encik.Saya yang tengokpun saya malu apalagi dia,”omel Alisha
selamba mengeluarkan rasa geram yang berbuku di hati apabila mendengar
tengkingan lelaki itu sebentar tadi.Niatnya bukan ingin menambah kemarahannya tetapi
dia tidak puas hati dengan sikap Hiezlan.
“Eh
hello miss,awak tak tahu apa jadi antara saya dengan dia jadi jangan suka
hati nak jadi pengadil pulak.Kalau niat awak nak bela kaum sejenis,baik tak
payah sebab saya memang tak suka dengan perempuan macam tu,”bidas Hiezlan
laju.Giginya diketap tanda geram dengan kenyataan Alisha.Tak kenal aku dah
pandai-pandai nak judge!
“Eh
hello back mister,saya tak cakap pun saya bela dia.Tapi kalau nak marahpun
biarlah ada adab sopan sikit,bukannya malukan dia depan orang ramai macam
ni.Haih,inilah lelaki suka cakap perempuan ni rumit tapi yang merumitkan siapa
kalau bukan lelaki?”Semakin besar anak mata Hiezlan memandang gadis bertudung
biru laut itu.Nada sinis Alisha menambah ketidakpuasan hatinya.
“Awak cari pasal dengan saya ke?Sorry lah,saya tak layan sangat
perempuan yang suka ambil kesempatan dalam kesempitan macam awak ni.Kalau niat
nak berkenalan dengan saya,you better
forget it,”kali in Hiezlan menghadiahkan senyuman sinisnya.Dia yakin Alisha
akan panas namun andaiannya meleset apabila gadis itu tertawa senang hati.
“I
get it right again.My impression never failed,”ujar Alisha dengan senyuman
di bibir.
Dahi Hiezlan berlapis merenung Alisha
yang sukar dia tebak.Hilang bayangan Amni sebentar tadi.Kini fikirannya difokus
kepada gadis yang tiba-tiba ini.
“Impression?Towards
me?”Alisha menjawab dengan anggukan.
“Then
what is your first impression towards me,young lady?”
“Sombong,bongkak,snobbish dan perasan,”satu-satu perkataan itu disebut oleh Alisha
dengan wajah yang tenang.Gembira hatinya melihat raut wajah Hiezlan yang
menahan marah.Wajahnya tetap juga selamba apabila Hiezlan bangun dari duduknya
dan berdiri betul-betul di hadapannya.
“You
better take back your words and your stupid impression.You don’t know me so
never try to judge me because I hate misjudgement,”Hiezlan bersuara
perlahan tetapi cukup tegas.Jari telunjuknya dihalakan tepat pada wajah Alisha
yang masih duduk dan tersenyum memandangnya.
“Kalau saya tak nak?”
“Kalau awak tak nak,saya akan buat awak
tarik balik kata-kata awak tu,”jawab Hiezlan.Dalam hatinya sudah menggelegak
melihat aksi selamba Alisha yang langsung tidak menunjukkan tanda takut
padanya.
“Encik nak buat apa?Nak tengking saya
depan orang ramai macam tadi tu?Atau encik nak saman saya?Ataupun encik nak
batalkan kontrak antara syarikat Cik Sara dan hotel encik?Macam tu ke
encik?”duga Alisha pula.Selalunya dalam drama macam ni.Memang jangan mimpilah
kau nak menang dengan aku encik bongkak.
“I
will do something that you’ll never expect.But,I will give you one more chance
to change your statement or...you will regret.”
Alisha bangun daripada duduknya lalu berdiri dihadapan lelaki itu.Kepalanya didongakkan untuk memandang wajah kacak Hiezlan.Sebuah lagi senyuman dilemparkan buat jejaka itu sebelum bersuara.
“I
don’t think I can change my impression towards you.Why?Because there’s no second
chance for the first impression,”ucapnya.
Senyuman yang tersinggung di bibir
Alisha menambah perisa dalam hati Hiezlan.Ucapan gadis berani itu juga benar-benar
menggamamkannya hanya pandangan tajam diberikan buat Alisha.
“Sha,encik!Kenapa ni?”Suraya terkocoh-kocoh
menarik lengan Alisha yang masih berhadapan dengan majikannya.Suraya kenal
benar dengan sikap rakannya yang pantang mengalah walaupun salah itu.
“Until
we meet again.Assalamualaikum,”ucap Alisha lalu menarik Suraya keluar dari
hotel.Puas hatinya melihat wajah tegang Hiezlan.Salamnya dijawab perlahan.
“Alisha...”bibirnya diketap sambil
melihat bayangan dua gadis itu berlalu.Egonya benar-benar tercabar dengan wajah
tenang dan senyuman sinis Alisha.Gadis yang luarannya tampak sangat lembut dan
ayu ternyata seorang yang dingin dan cukup sinis.It’s okay,we will meet again and prepare yourself for a war.
***
“Mana ada aku cari pasal dengan dia.Budak tu yang emosi
lebih-lebih,”Alisha membela diri apabila Suraya tidak henti-henti membebel
sejak dalam kereta sehinggalah mereka sama-sama makan malam.Semakin tidak puas
hati apabila dia yang dipersalahkan sedangkan dia tidak melakukan apa-apa
terhadap majikan rakannnya itu.
“Budak tu?Budak kau panggil bos aku
Sha?Encik Hiezlan tu lagi tua dari kau tau,”sela Suraya.Ikut sedap mulut kau
aje nak bercakap,Sha.
“Sudahlah,Su.Telinga aku dah panas dah
dengar kau pok pek dari balik hotel tadi.Makanpun tak selera bila kau asyik
sebut nama orang tua tu.Bila kau nak berhenti salahkan aku?Lagipun bukannya hal
besarpun,tak ada orang kisah,”suapan Alisha diteruskan.Isu itu cuba dimatikan.
“Orang tua?Bos aku yang kacak bergaya tu
kau panggil orang tua?”naik seoktaf suara Suraya.
“Tadi aku panggil budak kau marah,jadi
aku panggillah dia orang tua.Dahlah,tak payah nak kecoh sangat.Kalau kau nak
aku jemput kau esok,baik kau diam dan jangan sebut nama orang tua tu lagi.Ada
faham?”
Suraya hanya mampu menggeleng lemah
melihat Alisha.Aku membebel pun tak guna jugak.Tak makan saman betul budak
Alisha ni.Sabar ajelah.
***
“Eh,nampaknya ada tetamu yang tak
diundang,”Alisha mencemik apabila terdengar suara di belakangnya.Tidak perlu
menoleh,kerana dia tahu siapa pemilik suara itu.Alisha hanya menunggu di tempat
letak kereta kerana malas ingin bersemuka dengan lelaki ini tetapi dia sendiri
tidak sangka akan bertemu di tempat yang baginya selamat.
“Assalamualaikum,”Alisha berpaling dan
mengukir senyuman.Jejaka berkemeja ungu dipadankan dengan blazer itu dipandang
tanpa perasaan.
“Wa’alaikumussalam cik Alisha.Kenapa tak
masuk dalam hotel?Tunggu kat sini kan panas nanti kulit cik yang putih ni jadi
gelap,”mesra suara Hiezlan menyapa.Badannya disandarkan pada produa myvi milik
Alisha.Wajah gadis disisinya dipandang dengan senyuman manis.
“Tak apalah,encik.Saya malas nak jalan
sebenarnya.Matahari dah nak melabuhkan tirainya jadi encik tak payah nak risau
sangatlah.Encik tak balik lagi ke?”balas Alisha.
Belum sempat Hiezlan menjawab,telefon
Alisha berdering minta diangkat.Punat hijau ditekan dan suara Suraya kedengaran
dari corong telefon pintar Alisha.
Hiezlan memerhati dengan ekor mata.Belum
ada niatnya untuk pulang sebelum mengishtiharkan perang dengan Alisha.
Tanpa mengendahkan Hiezlan,Alisha menuju ke
hotel yang hanya beberapa langkah daripada tempatnya meletakkan kereta.Suraya
memintanya untuk naik ke pejabatnya di tingkat 14 untuk membantunya mengangkat
barang.Barang apa,Alisha juga kurang pasti.Tetapi apa yang Alisha pasti,Hiezlan
mengekori langkahnya pada jarak yang dekat.
“Hai,tak ada kerja ke encik
Hiezlan?”sindirnya sambil melangkah ke lif yang juga berwarna hijau muda.
Hiezlan tertawa kecil.Tawa yang sengaja
dibuat-buat malah tidak ikhlas langsung pada pendengaran Alisha.
“Inilah kerja saya,mengawasi awak.Tadi
beria tak nak masuk hotel saya ni malas jalan lah konon.Sekarang ni,siap nak
naik lif bagai.Saya cuma perlu ekori awak yalah mana tahu awak nak sabotaj
hotel saya.Saya tak berapa percaya pada orang luar apalagi orang tu adalah
awak,”jawabnya.
“Kerajinan pulak saya nak sabotaj hotel low class macam ni kan?”sindir Alisha
dengan ketawa yang dibuat-buat.Lif yang masih belum terbuka menyebabkan Alisha
terpaksa berdiri di hadapan lif bersama dengan teman yang tidak diundang.
Hiezlan menarik nafas dalam-dalam
sebelum dihembus perlahan mencuba untuk bertenang.Segaris senyuman diukir buat
gadis yang tidak memandangnya itu.
“Low
class?Tapi ada jugak keinginan awak nak masuk hotel yang low class ni,ya?Thanks to me sebab saya
tak panggil security untuk tarik awak
keluar dari hotel yang low class dan
tak layak untuk awak yang hebat tu,”perkataan low class ditekannya berkali-kali bengang kerana sesuka hati gadis
itu melabel hotel yang bertaraf 5 bintang sebagai hotel yang berkelas rendah.
“Eleh,ingat saya takutlah kalau awak
panggil security?Saya masuk hotel
lumut ni pun sebab Suraya lah,”Alisha menambah.Pintu lif yang sudah ternganga
tidak dihiraukan apabila Alisha sudah menghadap tubuh sasa disisinya.Mata hazel
lelaki itu bertentang dengan anak
matanya.
“Pardon?”
“Macam ni lah encik,encik ajelah yang
pergi pejabat Suraya dan tolong dia angkut barang apa entah.Saya memang berniat
nak tolong dia,tapi encik ni ikut saya pastu bercakap tak berhenti,terus hilang
saya punya mood.Macamlah saya ni
kemaruk sangat nak masuk hotel yang tak ada
taste ni dengan hijau sana sini,kerusi pun kerusi curi dari taman, bilik
macam manalah agaknya,entah-entah ada monyet bergayut atas syiling,”ujar
Alisha
dengan selamba.Reaksi wajah tampan Hiezlan yang bertukar merah tidak menyentuh
hatinya untuk merasa bersalah.
“Okay.Then,what
are you waiting for?GO!”Suara
Hiezlan kian meninggi.Orang ramai yang keluar masuk lif tidak diendahkan.Gadis
dihadapannya ini benar-benar membakar hatinya dengan kata-kata penghinaan
terhadap hotel kesayangannya.Belum ada manusia yang berani memperlekehkan
usahanya untuk mereka hotel ini dan siapa gadis ini untuk merendahkan usaha
yang bukan mudah untuk dia selesaikan.
“Tak payah nak tinggikan suara sangat
lah!Awak ingat saya hadap lah nak lama-lama dalam hutan simpan ni?Tak hingin
lah!”sama kerasnya suara Alisha.Baru dia hendak berlalu,lengannya dicengkam
kuat oleh Hiezlan dengan mata yang membara.
“Hutan simpan?”
“Ya,hutan simpan,hutan hujan tropika,forest,jungle,”dengan beraninya Alisha
melawan pandangan tajam lelaki itu.Perkataan itu disebut satu persatu dengan
jelas.Lengannya yang terasa sakit dibiarkan sahaja apabila dia tidak berjaya
melepaskan cengkaman lelaki itu.
“You.....start
from this day,this hour,this minutes,this second and this moment...I declaire war
with you and don’t you dare to show your face infront of me.Sekali lagi aku
cakap,Greenny Hotel adalah kawasan larangan bagi kau,kau ingat tu!”keras dan
tegas Hiezlan menuturkan ayatnya yang bertukar kasar.
“Do
I look like I care?”Alisha membalas cukup sinis beserta jelingan tajam.
Jari telunjuk Hiezlan tepat di hadapan
batang hidung Alisha.Giginya diketap kuat.
“You...”
“Ya ALLAH,Sha!”Suraya yang baru keluar
dari lif menyelamatkan keadaan.Cengkaman lengan gadis itu dilepaskan oleh
Hiezlan sebelum dia melangkah masuk ke dalam lif meninggalkan Alisha dengan
renungan tajam.
“Sha?Okay
tak ni?”Suraya mengusap belakang temannya meminta Alisha untuk bertenang.
“Aku okay.Mana
barang yang kau suruh tadi?”
“Dah.Tak payah fikirlah pasal barang
tu,aku dah suruh kawan aku simpan.Tapi kau betul tak ada apa-apa kan?”Jelas
riak kerisauan pada wajah Suraya.Terkejutnya juga masih belum hilang apabila
melihat babak pertegangan urat antara Alisha dan bosnya.
Alisha menjawab soalan Suraya dengan
anggukan lalu menarik lengan Suraya untuk cepat-cepat beredar dari hotel yang
telah menjadi tanah haram untuknya.Beberapa mata menjadi penonton memandangkan
tempat bertikam lidah yang cukup strategik.
“Akupun tak sudilah nak menjejakkan kaki
ke situ.Macam lah hebat sangat!Sombong kalau berlagak nak mampus buat
apa?Eh,boleh blah lah kau!”omel Alisha sambil menyerahkan kunci kereta kepada
Suraya.Dia tidak yakin dapat memandu dengan baik dalam keadaan amarah yang
masih berleluasa dalam diri.
Suraya akur.Kereta dipandu dengan tenang
menuju ke kediaman mereka berdua walaupun sesekali mata mengerling Alisha di
sebelahnya.Wajah gadis itu menunjukkan bahawa dia sangat marah namun untuk
bertanya mungkin ini bukan masa yang sesuai.Biarkan gadis itu sejuk dahulu
sebelum Suraya akan bertindak.
Sepanjang Suraya bekerja dengan
Hiezlan,baru kali ini dia melihat wajah tegang jejaka itu.Mata yang seolah-olah
mengeluarkan gambaran api itu cukup membuatnya kecut perut.
“Aku minta maaf,Su.Esok aku tak boleh
ambil kau lagi,”ucap Alisha sayu.
“Tak apalah.Esok pagi hantar aku pergi
bengkel ambil kereta aku rasa dah siap kereta aku tu,”balas Suraya seraya
memberikan senyuman buat rakannya itu,senyuman yang diharap dapat menceriakan
suasana.
***
Pen di tangan diputar-putarkan.Komputer di atas meja juga tidak menarik
minatnya.Ingatan Suraya masih difokus pada kata-kata Alisha semalam mengenai
perang yang diisytiharkan oleh Hiezlan.
“Aku bukan ada niat nak hina hotel dia
tu tapi Hiezlan tu yang suka tuduh aku bukan-bukan kononnya aku nak sabotaj
lah,nak ambil kesempatan lah.Kau kan tahu aku aku tak suka dengan semua mr perfect dan Hiezlan adalah salah
satunya,”ujar Alisha bersungguh-sungguh.Dia sendiri tidak pasti mengapa hatinya
akan meluat setiap kali melihat kelibat jejaka yang boleh dikategorikan sebagai
pakej yang sempurna terutama Hiezlan.Mulutnya juga tidak dapat dikawal apabila
berhadapan dengan lelaki itu.
“Kau tak tahu betapa payahnya hotel tu
dibangunkan oleh keluarga Encik Hiezlan dan semua dekorasi tu encik Hiezlan
buat sendiri tau,mestilah dia bengang kalau kau kutuk hotel dia,”Suraya hanya
mampu menggeleng perlahan dengan karenah Alisha yang suka mencari pasal malah
suka membenci jejaka yang langsung tiada kesalahan terhadapnya.
“Kenapalah kau benci sangat dengan
lelaki kacak terutamanya encik Hiezlan.Dulu masa dengan Ziyad tak adalah pulak
sampai isytihar perang macam ni.Cuba kau cakap dengan aku kenapa kau berapi
sangat kalau jumpa bos aku tu?Dan kenapa kau suka buat dia marah?”
Alisha diam.Dia sendiri tidak mempunyai
jawapan pada soalan Suraya sebentar tadi.Kenapa kenapa dan kenapa?Alisha tidak
tahu meskipun dia telah cuba untuk bertanya pada sang hati.Suraya yang masih
menanti itu tersenyum tipis.
“Sebab kau takut jatuh cinta dengan
dia,itulah sebabnya Sha.Kau dah programkan fikiran kau untuk benci semua lelaki
yang tampan,kaya dan terkenal.Jadi bila kau jumpa dengan lelaki macam tu kau
akan terus tak suka sebab kau punya mind
set yang tak masuk akal tu,”jawab Suraya pada soalannya sendiri.Itu yang
dapat dia simpulkan dan Suraya pasti tebakannya tepat apabila Alisha masih diam
sambil merenung kosong televisyen di hadapannya.
“Suraya!”hentakan pada mejanya mematikan
lamunan Suraya pada perbualan mereka semalam.Kepalanya didongakkan untuk
melihat gerangan manusia itu.
“Eh,Encik Hiezlan.Ada apa?”tanyanya
sambil tersenyum.
“Awak yang kenapa?Saya panggil banyak
kali awak tak dengarpun,”balas Hiezlan.Gadis berbaju kurung moden itu
dipandang.
“Sorry
encik,saya melamun fikirkan apa entah.Sorry
again encik,”ahai,malu aku dengan encik Hiezlan.Kau punya pasal lah ni,Sha.
Hiezlan mengukir senyuman sinis. “Mesti
awak ingat kawan awak yang tak cukup sifat tu kan?Dahlah,tak payah saratkan
otak nak ingat pasal dia waktu awak berada dalam hotel yang dia cakap hutan
ni,”sambung Hiezlan lalu melangkah untuk meninggalkan gadis yang tercengang
itu.Namun,baru beberapa langkah dia kembali kepada Suraya.
“Kenapa encik?”soal Suraya apabila
melihat majikannya berpatah balik.
“Masa kita makan hari tu,awak cakap
Alisha tu ada alahan.Alahan apa?”baru dia teringat untuk bertanya
kepada Suraya
perihal rakannya yang dingin itu.Dengan mengetahui kelemahan gadis itu,Hiezlan
yakin dia akan dapat menarik balik semua kritikan buruk yang Alisha berikan
terhadap dirinya serta hotel miliknya.
Lama Suraya diam untuk menggali kembali
ingatan mengenai hal itu.Apabila teringat kes makan tempoh hari,Suraya
menayangkan sengihan.
“Hah?Tak ingat pulak saya bos.Dahlah
lupakan aje pasal alahan tu encik,”jawabnya berpura-pura tidak tahu.Malas dia
ingin mencanang alahan tidak logik rakannya itu.Namun dia tidak pasti dapat
menyembunyikan hal itu apabila Hiezlan masih berdiri di hadapannya dengan
pandangan tajam.
“Awak nak cakap atau saya buat awak
cakap?”ucapan yang berbaur ugutan itu cukup membuat Suraya kecut.Serba salah
dia dibuatnya.
“Tak penting pun encik.Alahan
biasa-biasa aje penyakit keturunan,”Suraya membalas dengan tawa kecil yang
nampak sungguh palsu.
“Tak penting bagi awak tapi penting bagi
saya.Sekarang,awak nak cakap atau tidak?”Walaupun suara itu perlahan namun
jelas ugutan pada nada itu.Jika Alisha,mungkin ancaman yang tidak seberapa itu
bukan masalah besar buatnya tetapi tidak bagi Suraya.
‘Haih main ugut-ugut pulak dia ni.’Kepala yang tidak gatal digaru perlahan sambil tersengih.
“Awak bertanggungjawab atas perbalahan
saya dan Alisha semalam.Awak boleh bayangkan kalau saya pergi mengadu dengan
Tuan Hazim dan cakap awak menyebabkan kekecohan dan awak juga menghina hotel
berstatus tinggi ini.”
“Eh,tapi bukan salah saya dan saya tak
ada kena mengena pun,encik,”sela gadis itu pantas.Suka pulak dia nak salahkan
aku.
“Kawan awak kan dan awak yang suruh dia
masuk hotel kan?”Suraya mati kutu.Lelaki ini benar-benar ingin tahu soal
Alisha.Ancaman pula diberikan jika dia mengelak.Tertanya-tanya jugak Suraya
adakah penting sungguh untuk Hiezlan tahu mengenai alahan Alisha yang kurang
cerdik itu.
“Kalau saya bagitahu,encik jangan cakap
dengan Alisha ya?”Suraya tiada pilihan lain selain membongkar penyakit alergik
sahabatnya itu.Mana tahu Hiezlan dapat brainwash
dan format minda Alisha terhadap hal yang tidak masuk dek akal.
Hiezlan sekadar mengangguk.
“Sebenarnya,Alisha alergik dengan mr perfect.Alisha benci dengan lelaki
yang kacak,lelaki kaya dan lelaki yang banyak peminat.”
“Hah?”
***
Sekali lagi Hiezlan meletuskan tawa kuat sehingga terasa lenguh otot
pipinya.Kenyataan yang Suraya ceritakan pagi tadi membuatkan dia betul-betul
geli hati.Tidak berhenti Hiezlan tersenyum senget sejak pulang dari hotel
apabila ingatannya singgah pada perihal pelik gadis itu.Terlupa seketika
Hiezlan akan amarahnya terhadap mulut lazer Alisha tempoh hari.Kini,perasaan
lucu mengisi hatinya.
“Amboi bahagianya dia,”tegur Puan Sri
Kamilah sebelum melabuhkan punggung di sebelah anak terunanya.Wajah yang masih
tertawa itu dipandangnya sambil tersenyum simpul.
“Lawaklah umi.”balas Hiezlan sambil
mencapai cawan kopi di atas meja.
“Mestilah lawak,dah kamu gelak sampai
satu daerah ni dengar takkan lah syahdu pulak,”Hiezlan sambung ketawa mendengar
kata-kata ibunya itu.
“Apa yang gembira sangat ni?Umi nak tahu
jugak,”sambung Puan Sri Kamilah.Sudah lama dia tidak melihat anak sulungnya ini
ketawa senang hati seperti tadi.Entah apa agaknya yang membuatkan anaknya ini
bersemangat sungguh melepaskan tawa.
“Kalau umi nak tahu,hari tu ada seorang
perempuan ni datang hotel lepas tu dia dengan senang hatinya dan berlapang
dadanya hina Greenny Hotel.Pertama dia cakap hotel ni low class.Okay yang tu Hiez tak panas sangat.Lepas tu dia cakap
hotel ni hotel lumut,pun Hiez belum meletup lagi.Tapi bila dia cakap hotel kita
macam hutan simpan siap ada monyet bergayut,memang Hiez berapi sangat,umi.Rasa
macam nak masukkan perempuan tu dalam pengisar, blend sampai lumat,”cerita Hiezlan penuh emosi.Marahnya masih
tersisa walaupun tidak sehebat hari itu.
Puan Sri Kamilah tertawa kecil.Lucu
dengan kisah yang didengarinya juga tercuit dengan raut geram pada wajah
Hiezlan. “Beraninya dia cakap macam tu dengan pemilik hotel.Lepas tu jadi apa?”
“Hari tu jugak Hiez lancarkan perang
dengan dia.Memang masa tu dah tak kisah dengan staf yang jadi penonton,dahlah
depan lif.Perempuan tu memang!Sejak pertama kali jumpa asyik menyakitkan hati
aje,”rengus Hiezlan.Cantik tapi lazer,machine
gun!
“Hai,marah sangat anak teruna ni.Habis
tadi yang ketawa macam nak bersaing dengan pontianak kenapa?”Belakang badan
Hiezlan diusap lembut oleh Puan Sri Kamilah.Tawa kecil masih bersisa,geli hati
dengan emosi anaknya.
Hiezlan tersengih.Kuat sangat ke aku
ketawa? “Tak adalah,cuma Hiez tertanya-tanya kenapa sejak pertemuan pertama
lagi perempuan tu macam tengok Hiez dengan penuh rasa meluat sedangkan Hiez tak
ada salah apapun dengan dia.I can see how she hates me so much,”Hiezlan meluahkan rasa yang
terbuku di dalam hati.Memang dia dapat merasakan aura kebencian Alisha
terhadapnya namun dia tidak pasti sehinggalah dia mengetahui fakta yang membuatnya
ketawa berguling-guling.
“Ya?Lepas tu?”
“Amboi umi,tak sabar-sabar,”tergelak
Puan Sri Kamilah dengan gurauan anaknya itu.
“Perempuan tu sebenarnya ada pemikiran
yang macam budak-budak sampai lelaki macam Hiez ni yang jadi musuh
dia.Haish,macam mana nak cakap,ya?Yang pasti dia tu pelik sebab setkan otak dia
untuk membenci semua lelaki macam Hiez,”terang Hiezlan lagi.Bingung juga dia
bagaimana ingin membuat ibunya faham tetapi ringan pula mulutnya ingin
bercerita.Sempat juga dia memuji dirinya sendiri.
Jelas kerutan pada dahi Puan Sri
Kamilah. “Maksud?”
“Tak payah fahamlah umi,menyesakkan
kepala aje lagipun tak penting.Tapi memang lucu bila seorang perempuan ada
pemikiran macam tu,dah lah cipta spekulasi yang tak releven.Rasanya terpengaruh
sangat dengan drama agaknya,”Hiezlan masih tidak faham dengan gadis itu namun
rasa lucu masih berbaki di hatinya.Mungkin bagi orang lain tidak lawak tetapi fakta
itu umpama jenaka yang dahsyat bagi Hiezlan.
Mungkin juga benar telahannya bahawa
Alisha terlalu dipengaruhi dengan filem-filem yang ditayangkan di televisyen
sehingga mindanya juga dididik sedemikian.Huh,the power of media.
Puan Sri Kamilah terangguk-angguk namun
sesaat kemudian dia mengukir senyuman.
“Kenapa?Dia fikir lelaki macam Hiez ni
jahat ke?Playboy?Kaki joli sana-sini
macam tu?”soalnya cuba untuk menebak.Hebat juga penangan gadis itu sehingga
anak lelaki tunggalnya ini mahu berkongsi rasa dengannya malah mencipta topik
baru.Selama ini hanya perihal perhotelan yang menjadi bualan.
“Tak adalah macam tu
sangat,umi...”dengan senyuman yang tersisa Hiezlan menyerahkan kertas coretan
yang diberikan oleh Suraya pagi tadi kepada uminya.Kertas yang tertulis
sebab-sebab Alisha menjauhkan diri dengan typical
perfect guy.
Seperti yang dijangka,Puan Sri Kamilah
turut meletuskan tawa apabila selesai membaca isi kandungan kertas
tersebut.Namun tawanya tidak sehebat tawa milik Hiezlan apabila dia mula
mengukir senyuman penuh makna.
“Then, why not you show her that she got it wrong?”
Terkebil-kebil mata Hiezlan memandang
Puan Sri Kamilah selepas mendengar bicara wanita yang bergelar ibu itu.
***
Comments
Post a Comment